Azalina Rai Penerima APC 2025 Kluster Undang-Undang dan Reformasi Institusi

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkesempatan menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 bagi Kluster Undang-Undang dan Reformasi Institusi.

Majlis tersebut diadakan sebagai penghargaan kepada warga kerja yang telah menunjukkan prestasi cemerlang, dedikasi tinggi serta komitmen berterusan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat serta negara.

Azalina merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah atas khidmat cemerlang yang telah diberikan sepanjang tahun.

“Tahniah kepada semua penerima anugerah atas dedikasi, komitmen dan khidmat cemerlang yang telah diberikan. Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara,” katanya.

Beliau turut berharap pengiktirafan seperti ini akan terus menyuntik semangat kepada penjawat awam untuk memperkukuhkan budaya kerja berintegriti, profesional dan berprestasi tinggi demi kecemerlangan perkhidmatan awam negara. – BERNAMA

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO