Mohamad Hasan Tiba di New Delhi Sertai Mesyuarat Menteri Luar BRICS
KUALA LUMPUR, 14 Mei – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, India malam tadi bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri negara anggota BRICS yang berlangsung selama dua hari di New Delhi.

Dalam lawatan tersebut, beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO dijadual menyampaikan kenyataan negara yang menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh multilateralisme, memajukan kepentingan Global South serta menyokong sistem tadbir urus global yang lebih inklusif dan seimbang.
Ketibaan beliau disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk Muzafar Shah Mustafa bersama warga Suruhanjaya Tinggi Malaysia di India yang turut menguruskan segala kemudahan sepanjang ketibaan delegasi Malaysia.
Malaysia menghadiri mesyuarat itu sebagai Negara Rakan BRICS sejak 1 Januari 2025 dalam usaha memperkukuh kerjasama ekonomi, perdagangan, pelaburan dan pembangunan mampan dengan blok ekonomi berkenaan. – UMNO Online
