Ahmad Zahid Tegaskan Komitmen Kerja Berpasukan Jayakan Perancangan KKDW
PUTRAJAYA, 5 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan komitmen untuk terus bekerja sebagai satu pasukan dalam memastikan segala perancangan yang telah dirangka dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebooknya selepas mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Putrajaya bersama barisan kepimpinan kementerian dan agensi, semalam.

Menurut beliau, kesepaduan dan semangat kerja berpasukan amat penting bagi memastikan setiap agenda yang telah diselaraskan dapat digerakkan secara tersusun dan berkesan.
“Insya-Allah, kita akan terus bekerja sebagai satu pasukan dalam memastikan segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya,” katanya.
Beliau turut menekankan bahawa komitmen berterusan daripada seluruh kepimpinan dan agensi amat diperlukan bagi memastikan pelaksanaan setiap perancangan berjalan lancar serta mencapai matlamat yang telah ditetapkan. – UMNO Online
