Pemuda UMNO Tambun Perhalusi Perancangan 2026, Persiapan Mesyuarat Cawangan

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Pelbagai perkara diperhalusi khususnya berkaitan program bagi tahun ini termasuk persediaan mesyuarat cawangan yang akan bermula 1 April depan.

Ketua Pemuda UMNO Tambun, Akmal Zharif Ahmad Kamal berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan menerusi Mesyuarat pergerakan itu yang diadakan semalam.

“Alhamdulillah, Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tambun telah selesai mengadakan mesyuarat pertama bagi Tahun 2026 dalam suasana yang penuh tertib, barakah dan semangat perjuangan.

“Antara agenda utama yang dibincangkan ialah Perancangan Tahunan Pemuda UMNO Tambun serta persediaan menghadapi Persidangan Cawangan yang akan bermula pada 1 April, bagi memastikan setiap gerak kerja dan pelaksanaan program dapat dijalankan dengan lebih tersusun, berkesan dan berfokus,” katanya.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh barisan kepimpinan serta ahli Pemuda UMNO Tambun yang sentiasa komited dan berganding bahu menjayakan setiap agenda yang dirancang.

Tambahnya, beliau berharap segala usaha yang dilaksanakan akan terus diberkati serta mengukuhkan ukhuwah dan perjuangan bersama demi memastikan kekuatan parti terus diperkasa di peringkat akar umbi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO