Lima Bahagian PPBM Melaka Bubar… Mustafa Musa Seru Kembali ke ‘Rumah Bangsa UMNO’

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Senator Datuk Dr. Mustafa Musa berkata, lima daripada enam bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Melaka lumpuh dan terbubar serta merta menyingkap wajah sebenar parti terbabit. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Negara menjelaskan, ini kerana ahli PPBM hilang keyakinan terhadap kepimpinan terutamanya Ketua dan ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian.

“Ahli PPBM hilang keyakinan terhadap kepimpinan, terutamanya Ketua dan ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian yg kecewa dengan tindakan pimpinan tertinggi megemudi parti. Kemelut ini jelas membuktikan wajah dan watak sebenar pemimpin serta parti mereka, sekaligus menimbulkan keraguan terhadap kemampuan mereka untuk memimpin dengan integriti dan bertanggungjawab.

“Inilah hukum karma… parti yang lahir dari dendam, pengkhianatan, kekecewaan dan kepentingan peribadi tidak pernah punya masa depan dan pasti akan runtuh.

“Kemelut ini menyingkap wajah sebenar pemimpin mereka iaitu tamak, khianat, dan mementingkan diri sendiri. Mereka yang mengangkat parti atas kepentingan peribadi dan dendam kini terdedah. Hakikatnya cukup jelas parti yang lahir dari pengkhianatan dan kekecewaan pasti akan hancur, tidak kira berapa lama mereka cuba berpura-pura pada rakyat,” katanya kepada UMNO Online.

Mengulas situasi terkini, Mustafa yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah menyeru bekas-bekas ahli PPBM agar kembali ke ‘Rumah Bangsa’ demi kepentingan bangsa, agama dan negara.

“Kembalilah ke Rumah Bangsa pimpinan UMNO, demi masa depan yang sebenar dan untuk menghentikan segala kekacauan yang hanya membakar permusuhan. Masanya telah tiba untuk meninggalkan perjuangan sempit yang akhirnya menimbulkan perbalahan dan menanam bibit-bibit kebencian.

“Kembalilah ke Rumah Bangsa pimpinan UMNO, demi bangsa, agama dan negara tercinta. Masanya telah tiba untuk mereka meningalkan perjuangan sempit, yang Akhirnya melebarkan permusuhan perbalahan, dan menanam bibit-bibit kebencian.

“UMNO tetap menjadi rumah bangsa yang teguh, berpandukan prinsip, integriti dan semangat perpaduan. Mereka yang masih bersama PPBM perlu sedar bahawa masa depan sebenar hanya ada di sini, bukan dalam parti yang runtuh akibat dendam dan kepentingan diri sendiri,” tambahnya.

Tegasnya, tindakan tersebut adalah tindakan paling bijak dan berani bagi bekas-bekas ahli PPBM.

Terdahulu, lima daripada enam jawatankuasa bahagian PPBM Melaka mengumumkan pembubaran serta-merta berkuat kuasa pada Selasa.

Bahagian- bahagian yang terlibat ialah Masjid Tanah, Hang Tuah Jaya, Tangga Batu, Alor Gajah dan Jasin manakala Kota Melaka tidak terbabit dalam keputusan tersebut. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO