Nizar Najib Manfaatkan Ramadan Perkukuh Semangat Kebersamaan UMNO

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohamad Nizar Najib berbesar hati memanfaatkan Ramadan dengan menyantuni kepimpinan cawangan melalui majlis berbuka puasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya itu berkata majlis yang disertai ketua-ketua cawangan UMNO DUN tersebut menjadi ruang untuk mengeratkan ukhuwah serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan pimpinan akar umbi UMNO.

“Alhamdulillah, saya hadir bagi majlis berbuka puasa serta menunaikan solat tarawih bersama ketua-ketua UMNO cawangan dalam kawasan DUN Peramu Jaya yang telah diadakan di Anjung Sri Laksamana, Pekan.

“Kehadiran ini bukan sahaja sebagai memenuhi tuntutan ibadah di bulan Ramadan, malah menjadi ruang untuk mengeratkan ukhuwah serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan pimpinan akar umbi UMNO di kawasan tersebut.

“Semoga pertemuan dalam suasana penuh keberkatan ini dapat memperkukuh perpaduan, menyemai semangat khidmat kepada rakyat, serta memantapkan gerak kerja parti demi kesejahteraan masyarakat di DUN Peramu Jaya dan seluruh Pahang,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Usai menunaikan solat tarawih, beliau memanfaatkan peluang tersebut dengan menikmati juadah moreh di Murtabak Mawar, Bandar Pekan.

Katanya suasana santai selepas ibadah ini memberi ruang untuk bertukar pandangan dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan pimpinan akar umbi.

“Semoga pertemuan seperti ini terus menyuburkan ukhuwah dan memperkukuh gerak kerja demi khidmat terbaik kepada masyarakat setempat,” ujar beliau. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO