Tabung Pendidikan Paya Rumput Perkasa Masa Depan Generasi Muda – Rais
PAYA RUMPUT, 17 Feb – Pelancaran Tabung Pendidikan Anak-anak Paya Rumput yang disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, disifatkan sebagai satu detik penuh makna dan bersejarah dalam usaha memperkasa masa depan generasi muda di kawasan berkenaan.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata inisiatif berkenaan bukan sekadar penubuhan sebuah dana, sebaliknya merupakan pelaburan jangka panjang yang membawa harapan besar dalam membina generasi berilmu, berdaya saing serta berakhlak tinggi.
“Inisiatif Tabung Pendidikan ini bukan sekadar sebuah dana, tetapi satu pelaburan jangka panjang yang membawa harapan besar demi membina generasi masa hadapan yang berilmu, berdaya saing, berkeyakinan serta berakhlak tinggi. Ia adalah mesej jelas kepada setiap anak Paya Rumput bahawa impian mereka dihargai, potensi mereka diyakini, dan masa depan mereka tidak pernah dipinggirkan.
“Di sebalik setiap langkah perjuangan ini, ada pemimpin yang sentiasa memperjuangkan nasib kalian, ada masyarakat yang menyokong dari belakang, dan ada sebuah kawasan yang mahu melihat kalian berjaya serta mengharumkan nama Paya Rumput suatu hari nanti.
“Insya-Allah, dengan sokongan padu semua pihak, kita akan memastikan setiap impian anak-anak Paya Rumput mampu direalisasikan dengan jayanya demi masa depan mereka, demi kekuatan masyarakat, dan demi kelangsungan Paya Rumput yang kita cintai,” katanya.
Majlis berkenaan turut menyaksikan penyerahan sumbangan cek cura berjumlah RM30,000 daripada JAPERUN Paya Rumput kepada Rais Yasin selaku ADUN Paya Rumput.
“Penyerahan itu menjadi simbol komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan serta kelangsungan pendidikan anak-anak Paya Rumput sentiasa terpelihara dan diberi perhatian serius,” katanya lagi.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, menegaskan, inisiatif tersebut adalah mesej jelas kepada setiap anak Paya Rumput bahawa impian mereka dihargai, potensi mereka diyakini dan masa depan mereka tidak pernah dipinggirkan.
“Kepada anak-anak Paya Rumput, ketahuilah bahawa di sebalik setiap langkah perjuangan ini, ada pemimpin yang sentiasa memperjuangkan nasib kalian, ada masyarakat yang menyokong dari belakang, dan ada sebuah kawasan yang mahu melihat kalian berjaya serta mengharumkan nama Paya Rumput suatu hari nanti,” ujarnya.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Yang Di-Pertua Negeri (TYT) Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Polis Melaka; DCP Datuk Dzulkhairi Mukhtar serta Setiausaha JAPERUN Paya Rumput; Khawari Fazmi Zulkefli bersama barisan kepimpinan dan masyarakat setempat. – UMNO Online
