Program Ziarah Kasih Bukti Komitmen Pemuda UMNO Kangar Santuni Masyarakat
KUALA LUMPUR, 11 Feb – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kangar, Saiful Fariddil Jasmi meneruskan khidmat bakti di kawasan dengan menyantuni masyarakat.
Terbaharu beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri berbesar hati ke Sena bagi menziarahi penduduk setempat untuk Program Ziarah Kasih dengan menyampaikan kotak makanan dan sumbangan.
“Penyampaian sumbangan kotak makanan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kangar di DUN Sena.
“Saya turun ke DUN Sena bagi menyampaikan sumbangan kepada para penerima sempena Program Ziarah Kasih bersama kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian.
“Terima kasih barisan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Tok Kandang, Kampung Baru dan Jejawi yang turut serta,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Sementara itu menerusi perkongsian terdahulu, Saiful turut sama turun padang ke DUN Kayang bagi melawati beberapa buah rumah di kawasan tersebut.
Menurut beliau, kunjungan dan bantuan berkenaan bukan sahaja bertujuan meringankan beban kewangan, malah sebagai tanda keprihatinan dan solidariti terhadap golongan yang memerlukan
“Pergerakan Pemuda Umno Kangar meneruskan lagi program ziarah dan kali ini kami masuk ke DUN Kayang pula.
“Sebanyak empat buah rumah kami lawati di Kampung Behor Masjid, Kampung Gunung Medan, Kampung Behor Temak dan Kampung Kota Keran.
“Semoga dengan sumbangan dari kami dapat meringankan beban penerima dan semoga mereka semua dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik,” ujar beliau. – UMNO Online
