Malaysia–Sudan Perkukuh Hubungan Dua Hala Dalam Lawatan Kerja Menteri Luar Sudan

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan meraikan lawatan kerja rakan sejawatnya, TYT Mohieldin Salim Ahmed Ibrahim, Minister of Foreign Affairs and International Cooperation of the Republic of the Sudan ke Malaysia, semalam.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak membincangkan hubungan dua hala Malaysia–Sudan serta perkembangan semasa di Sudan, termasuk harapan agar keamanan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat negara itu dapat dikembalikan semula.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, perbincangan turut menyentuh situasi terkini di Sudan serta aspirasi bersama untuk melihat negara tersebut kembali aman dan stabil.

“Kami bincangkan berkenaan hubungan dua hala Malaysia–Sudan serta perkembangan semasa di Sudan, termasuk harapan agar keamanan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat negara tersebut dapat dikembalikan semula,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Mohamad memaklumkan juga bahawa Sudan berterima kasih di atas segala bantuan yang diberikan oleh Malaysia terutama didalam memberi peluang latihan kepada pegawai-pegawai mereka melalui Skim Malaysian Technical Cooperation Programme, dan berharap agar Malaysia terus menyalurkan bantuan dimasa akan datang. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO