Santuni Rakyat, Mohd Zaidy Jayakan Program Kerohanian Menjelang Ramadan

JEMPOL, 6 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir terus komited mendekati rakyat apabila berkesempatan menghadiri Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin yang berlangsung di Restoran Citarasa Kampung, di sini, sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi.

Menurut Datuk Mohd Zaidy, pendekatan mendekati rakyat melalui program berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan perlu diteruskan kerana ia mampu menyemai nilai perpaduan serta keharmonian komuniti.

Katanya, majlis tersebut bukan sahaja bertujuan mengimarahkan amalan kerohanian, malah menjadi platform memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

“Program seperti ini bukan sahaja menghidupkan suasana menjelang bulan Ramadan, malah menjadi medan menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang. Sebagai wakil rakyat, saya melihat inisiatif sebegini penting dalam membina komuniti yang lebih prihatin dan bersatu,” katanya.

Beliau turut menyambut baik usaha Restoran Citarasa Kampung yang menawarkan bufet Ramadan pada harga berpatutan, sekali gus membantu merancakkan ekonomi tempatan dan memberi peluang kepada keluarga untuk berbuka puasa dalam suasana selesa.

“Saya berharap lebih banyak premis dan usahawan tempatan tampil memainkan peranan sepanjang Ramadan. Ini bukan sahaja membantu ekonomi setempat, malah memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat,” tambahnya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Zaidy turut menghadiri Majlis Tahlil Perdana di Surau Al-Muttaqin, Taman Bahau, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan mendekati masyarakat akar umbi di kawasan DUN Jeram Padang.

Beliau berkata, penganjuran program kerohanian seperti ini wajar diteruskan sepanjang Ramadan sebagai wadah memperkukuh ukhuwah, menyemai nilai keinsafan dan meningkatkan penghayatan agama.

“Usaha sedemikian sentiasa disokong, program kemasyarakatan berteraskan nilai Islam mampu membentuk masyarakat yang berdisiplin, bersatu padu dan saling menghormati. Semoga segala amalan kita diterima Allah SWT dan membawa keberkatan kepada seluruh jemaah,” katanya lagi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO