Majlis Apresiasi Bintang AADK: Perkukuh Kerjasama Demi Wujudkan Pahang Sejahtera

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berharap agar Majlis Apresiasi Bintang Antidadah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menjadi pembakar semangat untuk mengukuhkan kerjasama demi mewujudkan Pahang yang lebih sejahtera.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Naib Presiden UMNO telah hadir untuk meraikan wira-wira anti dadah yang sentiasa komited membanteras penyalahgunaan bahan terlarang itu.

“Menghadiri Majlis Apresiasi Bintang Antidadah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pahang 2025 di Kuantan, pada Khamis.

“Alhamdulillah, saya berbesar hati dapat bersama-sama meraikan wira-wira antidadah yang sentiasa komited dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah serta membantu membina semula kehidupan mereka yang terkesan.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua penerima anugerah atas dedikasi, keberanian dan pengorbanan yang amat bermakna kepada masyarakat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut mengucapkan syabas kepada AADK di atas penganjuran majlis yang penuh berharga tersebut.

“Syabas juga kepada AADK Negeri Pahang atas kejayaan penganjuran majlis yang penuh penghargaan ini.

“Semoga pengiktirafan ini terus menjadi pembakar semangat untuk kita semua memperkukuh kerjasama demi mewujudkan Pahang yang lebih sejahtera, selamat dan bebas daripada ancaman dadah,” katanya lagi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO