Saarani Bertemu Masyarakat India Kota Tampan, Suburkan Semangat Kebersamaan

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad telah bertemu dengan masyarakat India Kota Tampan pada Jumaat.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau berpandangan bahawa majlis tersebut menjadi ruang mengeratkan perpaduan dan menyuburkan semangat kebersamaan.

“Santai-santai dan ramah mesra bersama Masyarakat India di Kota Tampan malam tadi yang baru selesai menyambut Pesta Ponggal.

“Majlis ini jadi ruang untuk kita eratkan perpaduan dan suburkan semangat kebersamaan sebagai sebuah keluarga besar di Kota Tampan ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berharap agar keharmonian antara kaum akan terus terpelihara demi perpaduan semua pihak.

“Inilah keindahan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

“Perbezaan tidak menjadi halangan untuk kita saling peduli dan menghargai antara satu sama lain.

“Semoga jalinan dan keharmonian ini terus terpelihara, membawa kesejahteraan serta perpaduan untuk kita semua,” katanya lagi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO