UMNO Johor Perkasa Jentera Penerangan, Siap Siaga Hadapi Cabaran Semasa
JOHOR BAHRU, 26 Jan – Peranan strategik jentera penerangan UMNO Johor terus diperkukuhkan menerusi Program Pemerkasaan Penerangan Empat Peringkat dan Media UMNO Bahagian yang menghimpunkan Ketua-Ketua Penerangan Bahagian serta sayap-sayap parti dari seluruh negeri terbabit, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan, Aznan Tamin memaklumkan program ini menjadi medan penting dalam menyelaras naratif selain pelbagai pengkongsian diangkat di dalamnya.

“Pelbagai pengkongsian terutamanya berkenaan Inisiatif Kerajaan Negeri Johor dan Agenda Maju Johor bagi jentera-jentera penerangan UMNO bersiap siaga untuk bersama-sama menyampaikan maklumat ini kepada masyarakat,” katanya.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah, serta seluruh pasukan penerangan dan urus setia atas komitmen tinggi menjayakan program berkenaan.

Bagi Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Johor, Nur Syareeza Abdullah, menyifatkan program ini sebagai langkah proaktif dalam memperkukuh kesiapsiagaan jentera penerangan di semua peringkat.
“Setinggj-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada Penerangan UMNO Johor, barisan urus setia serta para peserta. Alhamdulillah, selesai program Penerangan UMNO Johor dan semoga segala ilmu yang diperoleh pada mengukuhkan lagi fungsi kita di kawasan masing-masing,” katanya.
Turut sama berkongsi idea dalam program tersebut ialah Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaacob; Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Negeri Johor (BPUNJ), Datuk Seri Dr Ahmad Maslan; Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah, serta kepimpinan penerangan parti di peringkat negeri yang mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh serta menyelaras gerak kerja jentera penerangan UMNO Johor. – UMNO Online
