Dakwaan ADUN Pembangkang Tiada Peruntukan Adalah Tidak Benar – MB Perak

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan, kesemua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sama ada kerajaan mahupun pembangkang di Perak menerima agihan peruntukan bulanan yang sama, iaitu sebanyak RM10,000 sebulan yang disalurkan melalui Pejabat Pusat Khidmat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Tambahnya, Kerajaan negeri turut menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM20,000 atau dua bulan gaji secara “one-off” yang diberikan kepada semua Pejabat Pusat Khidmat DUN di Perak yang telahpun dibayar seperti yang dibentangkan pada Sesi Belanjawan Perak 2026.

“Daripada RM10,000 yang disalurkan setiap bulan kepada semua Pusat Khidmat DUN, RM7,000 pertama hendaklah digunakan untuk tujuan pengurusan dan pentadbiran Pusat Khidmat seperti membayar sewa pejabat, gaji pekerja, bil utiliti dan sebagainya manakala baki RM3,000 lagi boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membantu rakyat.

“Tujuan saya maklumkan ini ialah supaya rakyat tahu sebab ada beberapa peristiwa bila orang ramai berkunjung ke Pusat Khidmat pembangkang tetapi wakil rakyatnya kata tak ada duit sebab kerajaan tak bagi dan suruh pergi minta kepada Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN).

“Itu salah sebab seperti saya katakan semua Pusat Khidmat ADUN di Perak ini dapat RM10,000 sebulan. Kalau setiap bulan baki RM3,000 didarabkan 12 bulan setahun dan dicampur RM20,000 BKK maknanya setahun ada RM56,000 boleh dibelanjakan YB-YB (wakil rakyat),” Ulasnya mengenai dakwaan wakil rakyat atau ADUN pembangkang langsung tidak menerima peruntukan secara terus daripada kerajaan negeri.- StratCommPerak

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO