Mohamad Hasan Terus Berkhidmat, Sampaikan Bantuan Awal Persekolahan

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Ahli Parlimen Rembau Datuk Seri Mohamad Hasan berbesar hati turun padang ke kawasan bagi menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan pada semalam.

Pengagihan bantuan tersebut dilakukan beliau yang juga ketua UMNO bahagian, sebaik selesai menghadiri sidang Parlimen, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan wakil rakyat itu dalam memastikan kebajikan rakyat di kawasan sentiasa menjadi keutamaan.

“Selesai menjawab di Parlimen, terus pulang ke Rantau bagi menyempurnakan penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2026 kepada para pelajar Sekolah Menengan Kebangsaan (SMK) Rantau.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapa serta menjadi pemangkin semangat kepada anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan baharu dengan lebih yakin dan berdaya saing,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Semantara itu pada sebelah petangnya beliau turut sama hadir ke Sekolah Kebangsaan (SK) Seliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bagi meneruskan penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2026 kepada para pelajar sekolah berkenaan.

Katanya, inisiatif tersebut bukan sahaja bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa, malah mencerminkan keprihatinan berterusan kerajaan terhadap kebajikan pendidikan anak-anak, khususnya dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

“Petangnya pula, berkesempatan hadir ke SK Seliau, di DUN Rantau bagi menyempurnakan penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2026 kepada para pelajar.

“Bantuan ini diharap dapat meringankan sedikit tanggungan keluarga untuk sesi persekolahan 2026,” ujar beliau. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO