Dari Pusat Aduan ke Meja Sarapan, Mohd Ridhwan Selami Denyut Nadi Rakyat

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali terus menyantuni masyarakat setempat menerusi pendekatan turun padang dan penganjuran program berteraskan keperluan rakyat di peringkat akar umbi.

Beliau berbesar hati apabila Program Pusat Aduan Komuniti yang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai, sekali gus mencerminkan kepercayaan rakyat terhadap saluran yang disediakan parti untuk mendengar permasalahan mereka.

“Program Pusat Aduan Komuniti di Bangunan UMNO/BN Hang Tuah Jaya, Bukit Katil membuka ruang terus untuk rakyat bersuara dan berkongsi.

“Terima kasih kepada semua yang hadir secara fizikal dan yang bersama melalui Live TikTok.

“Setiap pandangan dan aduan adalah kepercayaan untuk kami terus berkhidmat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sementara itu, menerusi perkongsian berbeza Mohd Ridhwan turut sama berkongsi momen santai bersama masyarakat setempat ketika singgah bersarapan di Kiosk Ummie Kandang, Air Molek, sebagai sebahagian daripada rutin mendekati rakyat di kawasan tersebut.

Peluang tersebut dimanfaatkan sebaiknya oleh beliau untuk bertanya khabar, mendengar cerita serta menyelami denyut nadi kehidupan penduduk setempat dalam suasana yang mesra dan tidak formal.

“Pagi ini singgah di Kiosk Ummie Kandang, Air Molek… aroma sarapan menyapa, senyuman orang kampung menghangatkan suasana.

“Di meja kecil ini, rezeki bertemu silaturahim… pagi jadi tenang, hati jadi lapang,” ujar beliau. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO