Program Titipan Kasih Back To School Bantu Pelajar Mulakan Sesi Persekolahan 2026 – Norliza
TASEK GELUGOR, 10 Jan – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus komited dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara menerusi penganjuran Program Titipan Kasih Back to School bersama PTPTN dan Harian Metro yang berlangsung di Dewan Dahlia, Midtown PERDA, Tasek Gelugor, di sini.
Program berkenaan telah disempurnakan oleh Pengerusi PTPTN merangkap Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, dan bertujuan membantu meringankan beban ibu bapa serta memberi sokongan kepada pelajar dalam membuat persediaan awal persekolahan.

Norliza berkata, program tersebut mencerminkan komitmen berterusan PTPTN dalam memastikan kesejahteraan pelajar sentiasa diberi perhatian, khususnya bagi memastikan anak-anak dapat memulakan sesi pembelajaran dengan lebih yakin dan bersemangat.
“Melalui inisiatif ini, PTPTN bukan sahaja menyalurkan bantuan berbentuk material, malah menyemai semangat keprihatinan dan tanggungjawab bersama terhadap masa depan pendidikan negara,” katanya.
Beliau berharap agar program ini dapat terus menjadi jambatan kasih antara masyarakat, agensi kerajaan dan pihak swasta dalam usaha melahirkan generasi pelajar yang lebih bersedia, berdaya saing dan berilmu demi masa depan pendidikan yang lebih lestari. – UMNO Online
