Komitmen Berterusan Youzaimi, Santuni Rakyat dan Peniaga Felda Tenggaroh

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Ketua UMNO Bahagian Mersing, Mohd Youzaimi Yusof terus komited turun padang bagi menyantuni rakyat melalui pendekatan mesra dengan mendekati komuniti setempat secara santai.

Terkini menerusi perkongsian di Facebook, beliau berbesar hati berkunjung ke Pasar Malam Felda Tenggaroh untuk beramah mesra dengan para peniaga bagi menyokong produk tempatan yang dijual di tapak tersebut.

“Kebetulan di kawasan Tenggaroh dan rasa hendak makan Murtabak Ikan Sedili yang sedang viral dan Satay Mursina Zainuddin. Selesai program kami terus ke Pasar Malam Felda Tenggaroh.

“Sempat menyantuni semua peniaga-peniaga yang berniaga di Tapak Pasar Malam Felda Tenggaroh 02 ini untuk bertanya khabar mereka semua dan tanya perniagaan mereka.

“Alhamdulillah memang sedap Murtabak Ikan Sedili ini dan Satay Mursina ini. Sempat makan Murtabak Ikan Sedili panas-panas, sate Ina, apam balik dan lain-lain lagi. Semua makanan di sini sedap-sedap belaka.

“Boleh lepas ini, kita semua ramai-ramai datang ke Pasar Malam di Felda Tenggaroh 02 yang diadakan pada setiap hari Selasa. Jom semua… hari ini saya dan isteri beli ketam dua kilogram dan batang keladi untuk dibuat lauk esok,” katanya.

Sementara itu menerusi hantaran berbeza, beliau turut sama menziarahi Abdul Rashid Ahmad yang sedang berhadapan dengan ujian kesihatan selepas menjalani pembedahan pada kaki kirinya

Youzaimi turut merakamkan penghargaan kepada Belia Felda Tenggaroh Timur 01 dan Tenggaroh 07 yang bersama-sama menguruskan Wakaf Katil kepada Abdul Rashid sebagai tanda keprihatinan dan sokongan komuniti.

“Semoga Allah sahaja yang dapat membalas budi baik semua.

“Abdul Rashid baru sahaja keluar wad hospital kerana jatuh pengsan. Sebelum itu, beliau yang mengidap darah tinggi dan kencing manis telah menjalani pembedahan di kaki kirinya, akibat luka dan menanah.

“Kami semua mendoakan agar Rashid dipermudahkan Allah,” ujar beliau.

Sementara itu beliau turut berkesempatan menziarahi Syukor Mahadi yang kini terlantar akibat serangan strok.

Syukor, 43, diserang strok ketika berusia 38 tahun dan sejak itu dijaga sepenuhnya oleh bapanya, di kediaman mereka di Felda Tenggaroh 05.

Kehadiran Youzaimi bersama rombongan UMNO Bahagian serta penduduk setempat memberikan semangat buat Syukor yang kelihatan sebak menerima kunjungan tersebut.

“Saya sempat menasihati Syukor supaya terus kuat, tabah dan terus berusaha untuk sembuh dengan cara selalu beriadah dengan berjalan. Kami juga mendoakan agar, beliau dipermudahkan Allah.

“Saya sempat menasihati Syukor supaya terus kuat, tabah dan terus berusaha untuk sembuh dengan cara selalu beriadah dengan berjalan. Kami juga mendoakan agar, beliau dipermudahkan Allah,” katanya. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO