Dr Anil Kunjung Hormat Ke Atas TPM, Demi Keselesaan Rakyat Dan Kemajuan DUN Kunak
KUALA LUMPUR, 24 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Datuk Seri Dr Anil Sandhu bersyukur pagi tadi dapat mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Presiden UMNO.
Ujarnya, pertemuan selama sejam yang di pejabat Presiden UMNO itu berlangsung dengan lancar dan fokusnya untuk keselesaan rakyat dan kemajuan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak.

“Dapat saya mengemukakan beberapa idea serta pandangan apa yang perlu dibuat dan apa yang perlu segera dilaksanakan pada tahun hadapan, perbincangan berlangsung selama satu jam dan berjalan dengan lancar.
“Insya-Allah saya akan sentiasa mengikuti dari semasa ke semasa segala permohonan yang saya mohon kepada beliau, adanya permohonan demi kemajuan dan keselesaan rakyat bersama,” kongsi Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah di Facebook.
Seterusnya, Dr Anil berharap agar segala urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
“Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan sudi mendengar segala isu yang saya bawakan dari daerah saya.
“Semoga Datuk Seri sentiasa dalam keadaan sihat,” katanya.

Terdahulu, dalam platform media sosialnya yang sama, Dr Anil baru-baru ini hadir bermesyuarat bersama dengan Ketua-ketua Jabatan Daerah Kunak di Pejabat Daerah Kunak.
“Tiada apa yang ditegaskan dalam mesyuarat tersebut hanyalah berkumpul dalam satu agenda iaitu membawa kemajuan dan membuat yang terbaik di daerah kita untuk tahun hadapan.
“Bersuai kenal dan masing-masing bertukar idea satu sama lain demi satu matlmat yang sama.
“Alhamdulillah mereka ini merupakan salah satu tulang belakang di daerah kita, saya doakan agar semuanya diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan kita ked epannya. Terima kasih atas kerjasama dari semua pihak,” kata Bendahari Pemuda UMNO Negeri Sabah merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lahad Datu. – UMNO ONLINE
