Mohamad Hasan Sampaikan Bantuan Pendidikan, Kebajikan Komuniti Rembau
KUALA LUMPUR. 19 Dis – Ahli Parlimen Rembau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan terus komited melaksana khidmat bakti beliau buat rakyat di kawasan.
Terbaharu beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO menyampaikan bantuan bagi menyokong keperluan pendidikan, kebajikan dan pembangunan komuniti di kawasan Rembau.
“Saya di Pejabat Parlimen Rembau menyempurnakan serahan bantuan kepada 29 organisasi yang terdiri daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru, tadika, sekolah serta pelbagai persatuan.
“Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Terdahulu menerusi perkongsian berbeza beliau turut berbesar hati bersama ibu bapa serta penjaga di Pusat Dakwah Islamiah Paroi di Majlis Apresiasi Tabika KEMAS DUN Paroi, Parlimen Rembau Sesi 2025.
Mohamad dalam pada itu turut menghargai kesungguhan para petugas KEMAS terhadap usaha dan kesungguhan dalam mendidik murid prasekolah.
“Seramai 272 orang murid daripada 27 buah Tabika KEMAS di DUN Paroi akan melangkah ke alam persekolahan, bermula awal Januari nanti.
“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga KEMAS DUN Paroi atas komitmen dan dedikasi di dalam memberi didikan awal kepada anak-anak ini,” ujar beliau. – UMNO Online
