Dira Terus Ziarah Kasih, Santuni Warga Rim

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar terus komited turun padang menyantuni rakyat melalui ziarah kasih yang dilakukan beliau.

Terbaharu Khaidhirah yang lebih dikenali sebagai Dira ke Seri Kesang, bagi menyantuni penduduk yang berhadapan ujian kesihatan.

“Pagi ini saya curi sedikit masa untuk turun ziarah dan bertanya khabar penduduk di sekitar DUN Rim.

“Di Seri Kesang, saya sempat menziarahi Cik Noraini yang sedang menjalani rawatan kanser payudara serta En Nordin yang diuji dengan masalah strok,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau seterusnya ke Seri Kemendor, Kelubi Damai dan Kampung Kelubi.

Kunjungan itu antaranya ke kediaman bayi pramatang, Aisy, yang memerlukan pemantauan kesihatan secara rapi dan berterusan.

“Kemudian, saya ke Seri Kemendor bertemu baby Aisy seorang bayi pramatang yang memerlukan pemantauan kesihatan rapi dan berterusan. Di Kelubi Damai pula, saya menziarahi Pn Siti Rafidah dan Aminuddin Zakaria yang sedang menjalani rawatan berkaitan penyakit buah pinggang.

“Di Kampung Kelubi pula, saya bertemu Pn Roslina Sahak yang diuji dengan strok serta Pn Maimunah Md Jani yang menghidap diabetes,” ujar beliau,

Menurut beliau, ziarah ini bukan sahaja sebagai tanda keprihatinan tetapi juga untuk memahami secara dekat keperluan rakyat yang sedang diuji.

“Semoga semua yang diziarah terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah, saya akan sentiasa berusaha untuk bersama dan membantu rakyat di DUN Rim,” katanya. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO