‘Fokus Kami Sentiasa Terarah Untuk Bantu Golongan Memerlukan’ – Jalaluddin
KUALA LUMPUR, 13 Dis – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias menegaskan bahawa beliau sentiasa memberi fokus untuk membantu golongan yang memerlukan di kawasan Jelebu.
Jalaluddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan beliau telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Fokus Kesejahteraan Rakyat Parlimen Jelebu pada Jumaat.

“Menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Fokus Kesejahteraan Rakyat Parlimen Jelebu.
“Sebanyak RM129,005.00 telah diagihkan kepada 64 penerima yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
“Bantuan ini merangkumi pelbagai keperluan penting seperti Pendidikan, Perubatan, Sara Hidup, Institusi, badan bukan kerajaan (NGO), Perikanan dan sokongan kepada usahawan luar bandar di bawah MARA,” katanya.
Ujarnya, usaha tersebut menjadi bukti bahawa mereka komited untuk memastikan setiap lapisan masyarakat di Jelebu mendapat sokongan yang diperlukan.

“Ini adalah komitmen kami untuk memastikan setiap lapisan masyarakat di Jelebu mendapat sokongan yang sewajarnya.
“Fokus kami sentiasa terarah kepada membantu golongan memerlukan agar kita dapat membina komuniti yang lebih sejahtera dan maju bersama-sama.
“Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan membawa kebahagiaan yang besar kepada semua penerima. Insya-Allah, kita akan teruskan usaha ini demi rakyat Jelebu!” katanya lagi. – UMNO Online
