UMNO Sabah Anjur Majlis Tahlil, Kenang Allahyarham Bung Moktar

KOTA KINABALU, 12 Dis – UMNO Negeri Sabah malam tadi menganjurkan Majlis Tahlil bagi memperingati Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar bin Radin bertempat di Dewan Utama Bangunan UMNO Negeri Sabah.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah yang baharu, Datuk Jafry Ariffin bersama barisan kepimpinan parti dari pelbagai peringkat.

Kehadiran para pemimpin dan ahli UMNO ini mencerminkan penghormatan serta rasa kehilangan terhadap tokoh yang banyak berjasa kepada parti dan negeri.

Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti bacaan Surah Yasin, tahlil dan seterusnya solat Isyak berjemaah.

Para hadirin mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman serta beramal soleh. Segala jasa, pengorbanan dan baktinya kepada agama, bangsa dan negeri Sabah turut disifatkan sebagai amal jariah yang berpanjangan.

Allahyarham Bung Moktar yang merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap ADUN Lamag meninggal dunia di sebuah hospital swasta awal pagi Jumaat lalu dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO