PRN Sabah: Calon BN Silam, Sharif Musa Bantu Mangsa Kemalangan

LAHAD DATU, 16 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN N.62 Silam, Sharif Musa Sharif Mabul, menunjukkan keprihatinan dan komitmennya terhadap rakyat apabila beliau tampil membantu mangsa kemalangan yang berlaku di Jalan Silam Batu 6, berhadapan PGA, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 9.00 pagi itu berlaku ketika Sharif Musa dalam perjalanan dari Kampung Seri Aman menuju ke Bandar Silam untuk meneruskan kempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang memasuki hari kedua, hari ini.

Beliau yang turut disertai isterinya berhenti sebaik melihat sebuah motosikal terbabit kemalangan dipercayai akibat merempuh sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan.

Mangsa, seorang lelaki, didapati tidak sedarkan diri akibat kemalangan terbabit dan terbaring di bahu jalan.
Sharif Musa segera mendapatkan bantuan dan memastikan laluan selamat sementara menunggu anggota keselamatan tiba di lokasi.

Sharif Musa menjadi taruhan BN bagi mengembalikan semula DUN Silam kepada parti terbabit. Beliau berdepan pertandingan lapan penjuru termasuk daripada imbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Mohammad Yusof Apdal juga Ahli Parlimen Lahad Datu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRN Sabah pada 29 November manakala undi awal pada 25 November – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO