Keputusan Penuh Mahkamah Pendakwa Raya V Ahmad Zahid Hamidi (Responden)
1. Setelah meneliti keseluruhan kes ini, Jabatan Peguam Negara mendapati tiada keterangan di dalam kes ini untuk menunjukkan bahawa Responden telah menggunakan jawatan beliau secara langsung untuk menganugerahkan kontrak-kontrak yang menjadi subjek dalam perbicaraan ini. Keterangan menunjukkan kontrak-kontrak tersebut telah dianugerahkan sebelum Responden menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri dan ini menidakkan kewujudan peluang dan atau ruang untuk Responden menyalahgunakan kuasanya.
2. Keterangan di dalam kes ini menunjukkan proses pelanjutan kontrak-kontrak dipertikaikan telah dibuat secara teratur dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.
3. Lejer yang direkodkan oleh SP17 pula menunjukkan terdapat pelbagai transaksi kewangan melibatkan nama-nama ramai individu. Tiada rekod menunjukkan transaksi-transaksi atau individu-individu ini telah disiasat sepanjang kes ini berlangsung.
4. Perkara-perkara dinyatakan menunjukkan terdapat kelompangan serius dalam rantaian keterangan kes ini.
5. Selain itu, OKT juga telah mengemukakan 2 Surat Representasi kepada Jabatan Peguam Negara, masing-masing bertarikh pada 26 Januari 2023 dan 7 Februari 2024.
6. Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi juga telah membuat beberapa dapatan fakta di dalam kes ini antaranya:
a) sumber wang yang dikatakan diterima dalam kes ini tidak disiasat dan beberapa individu yang dikatakan menjadi sumber dana dipertikaikan dari luar negara tidak dipanggil ketika siasatan mahupun ketika perbicaraan;
b) tiada sebarang bukti dikemukakan berkenaan proses kemasukan SP15, SP16 dan SP17 ke kediaman-kediaman Responden;
c) Tiada keterangan yang menunjukkan wang telah diserahkan oleh saksi-saksi kepada Responden. Ini diasaskan kepada percanggahan keterangan di antara SP15 dan SP17
7. Setelah mempertimbangkan representasi-representasi ini dan mengambilkira dapatan-dapatan fakta YA Hakim Bicara sepertimana yang dinyatakan tadi, *Jabatan Peguam Negara mendapati terdapat asas undang-undang dan fakta yang kukuh untuk mengekalkan keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi.
8. Sehubungan itu, Peguam Negara menarik balik kesemua rayuan yang difailkan di sini.
Mahkamah: Setelah PP menarik rayuan-rayuandengan ini Mahkamah membatalkan rayuan.
KESIMPULAN: AHMAD ZAHID HAMIDI KEKAL TIDAK BERSALAH