PRN Sabah ‘Makmal Ujian’ Bagi BN Dan PH… Ada Pihak Cuba Kelirukan – Azmi Amir

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Kinabalu, Mohammad Azmi Amir Hussin menegaskan bahawa kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah ‘makmal ujian’. 

Dalam hal ini beliau membidas pemimpin parti lain di Sabah yang menjawab bahawa negeri ini bukan ‘makmal tikus’ untuk dibuat kajian dan perkara itu memalukan Sabah.

“Sama ada pemimpin itu pemikirannya cetek ataupun sengaja membuat naratif tersebut dengan tujuan cuba menimbulkan kebencian kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) sedangkan kenyataan tersebut tidak ada kena mengena pun dengan parti beliau,” katanya mengulas berkaitan hal terbabit."

Ujarnya, meskipun BN dan Pakatan Harapan (PH) telah bekerjasama dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK), kerjasama ini masih belum dirasai sepenuhnya di peringkat akar umbi.

Justeru katanya PRN Sabah bakal menjadi medan ujian utama bagi kedua-dua gabungan parti ini dalam usaha menjaga kestabilan politik berterusan, ” width=”351″ height=”351″ />

“Kerjasama yang berpanjangan antara BN dan PH ibarat sebuah ‘makmal ujian’ dan harus lebih dieratkan jika ingin melihat direalisasikan keberkesanannya sehingga PRU akan datang. Ini sepertimana yang diharapkan oleh kedua-dua pemimpinnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jika kerjasama ini dapat mencapai keikhlasan yang tinggi sehingga ke akar umbi parti masing-masing dan menghasilkan keputusan yang cemerlang pada PRN nanti maka kita yakin gerak kerja daripada ‘ujian makmal’ ini akan menjadi strategi kekal pada pilihan raya-pilihan raya di negeri lain kelak.

“Saya yakin pemimpin Sabah daripada kedua-dua parti BN dan PH yang berautonomi di Sabah ini faham tentang perkara tersebut dan melihat kepada isu lebih besar dan lebih jauh ke hadapan,” katanya kepada UMNO Online, di sini.


 

Seterusnya Azmi yakin kedua-dua pihak di Sabah mampu menurunkan ego masing-masing bagi mencapai kejayaan.

“Saya yakin jika kedua-dua pihak faham keperluan untuk menurunkan ego masing-masing sudah pasti segala bentuk perbincangan akan mudah mendapat kesepakatan dan seterusnya mendapat kejayaan yang dihajati.

“Kedua-dua pihak juga perlu merendahkan ego masing-masing, tidak ada lagi ungkapan ‘tanpa BN mana mungkin Anwar jadi PM’ ataupun ‘kita PH adalah kuasa majoriti kerajaan hari ini’’, ujarnya. – UMNO Online


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di linktr.ee/umno #UMNOBangkit