Muzakarah SPIIM: Perkukuhkan Siasah Syarie, Libatkan Golongan Muda – Ahmad Tarmizi

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Exco Pemuda UMNO Bahagian Damansara, Ahmad Tarmizi Che Age menyatakan muzakarah bersama Sekretariat Ilmuan Malaysia (SPIIM) yang dilaksana Jumaat lalu telah memberi impak positif dengan menekankan tunjang siasah syarie dalam urus tadbir politik.

Menurut beliau, muzakarah seperti ini perlu kerap dilaksanakan kerap bagi memastikan impaknya lebih berkesan yang berlandaskan agama Islam.

“Muzakarah yang dilakukan ini perlu lebih kerap diadakan supaya impak lebih berkesan bagi mendefinasikan sesebuah urus tadbir lebih baik.

“Langkah yang diambil oleh Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dusuki Ahmad dengan menjalinkan muzakarah bersama SPIIM minggu lalu dilihat sangat proaktif dan kerjasama ini membuktikan pihak Kerajaan Perpaduan memandang serius dalam kemaslahatan berkaitan agama Islam yang timbul.

“Selain daripada memperkukuhkan pemahaman sesama agamawan, ia juga dapat meningkatkan keterbukaan dan toleransi di antara parti-parti gabungan sehingga mencapai kesepakatan dan penyelesaian sesebuah konflik,” katanya.

Mengulas lanjut beliau harap agar lebih ramai agamawan dan ilmuan dari kalangan orang muda turut serta dalam perbincangan mengenai isu semasa dan politik tanah air.

“Selaku anak muda mengharapkan supaya pada masa mendatang agar lebih ramai agamawan dan ilmuan dari golongan muda yang turut serta berdiskusi dan ambil kisah berkenaan isu semasa dan politik tanah air.

“Penyertaan golongan muda dalam perbincangan ini akan membawa perspektif segar dan idea yang lebih dinamik, serta memperkukuhkan lagi kepentingan masyarakat dalam membentuk dasar negara lebih inklusif dan berdaya saing,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau turut menekankan kepentingan pendidikan dan kesedaran politik di kalangan belia.

“Pendidikan dan pemahaman yang mendalam tentang politik bukan sahaja penting untuk membuat pilihan yang bijak, tetapi juga untuk membentuk pemimpin yang berwawasan pada masa hadapan.

“Sebagai anak muda yang prihatin dengan hala tuju negara, berharap agar generasi sekarang dapat melibatkan diri lebih aktif dalam proses penggubalan dasar dan perancangan negara, sekali gus menjadi sebahagian daripada penyelesaian dalam menghadapi cabaran global dan tempatan,” tambahnya lagi. – UMNO Online


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di linktr.ee/umno #UMNOBangkit