Puteri UMNO Tawau Tekad Pastikan UMNO/BN Menang PRN Sabah

TAWAU, 8 Nov – Puteri UMNO Bahagian Tawau bertekad untuk memainkan peranan aktif dalam memastikan Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Ketua Puteri UMNO Tawau, Noratika Awang, menegaskan komitmen untuk terus menggerakkan parti dan memperkukuh jentera UMNO, khususnya dalam menarik sokongan daripada golongan wanita muda adalah antara keutamaan dalam mendepani PRN Sabah.

Ujarnya, menerusi Program Gerak17 yang baru-baru ini diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung, menjadi bukti tekad dan kesungguhan Puteri UMNO Tawau dalam menghadapi cabaran besar pada PRN akan datang.

“Kehadiran ribuan penyokong dari pelbagai lapisan masyarakat, terutama wanita dan belia, menggambarkan semangat kesatuan yang tinggi dalam usaha untuk memastikan BN kembali menawan DUN Balung, serta negeri Sabah secara keseluruhannya.

“Walaupun kerusi DUN Balung pernah dikhianati dalam pilihan raya lalu, semangat juang penyokong tegar UMNO tidak pernah luntur. Program Gerak17 menjadi titik kebangkitan baharu, dengan tekad kuat untuk merampas kembali kerusi tersebut.” katanya.

Terdahulu Gerak17 di DUN Balung telah disempurnakan oleh Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang dihadiri barisan kepimpinan UMNO negeri di samping Ketua UMNO Bahagian Tawau, Ghazali Ansing.

Noratika memaklumkan bahawa para penyokong parti yang hadir dengan semangat tinggi, menunjukkan bahawa mereka tetap setia dan tidak akan berganjak dari perjuangan UMNO/BN.

“Kita tolak calon pengkhianat dan calon lompat parti. Kami akan berusaha keras untuk memastikan DUN Balung kembali ke tangan BN, demi kepentingan rakyat dan negeri Sabah.”

Ujarnya lagi, dengan semangat yang terus menyala, Puteri UMNO Tawau komited untuk terus bergerak ke hadapan, menyatukan penyokong, dan berjuang untuk kemenangan besar pada PRN Sabah ke-17. – UMNO Online

[the-post-grid id="151977" title="post"]
@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.