KDN Sentiasa Komited Keselamatan, Ketenteraman ESS Zone – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan kementerian sentiasa komited mengenai keselamatan dan ketenteraman membabitkan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) sentiasa bersedia untuk mempertahankan kedaulatan pada tahap yang optimum di kawasan ESS Zone.

“Secara dasarnya situasi keselamatan di kawasan Timur Sabah adalah selamat dan terkawal dalam hal itu Kementerian Negeri telah mengenalpasti 14 buah negara yang masih lagi belum menurunkan nasihat perjalanan yang melarang warganegara mereka untuk datang ke pantai Timur Sabah.

“Sehubungannya itu, antara perdekatan yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan nasihat perjalanan ke pantai Timur Sabah adalah selamat seperti menjenamakan semula terma perintah berkurung di kawasan perairan daerah di ESS Zone kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ESS Zone Sabah bermula dari 18 Oktober 2024.

“Kerajaan juga telah mengecilkan kawasan perlaksanaan PKP ESS Zone kepada enam buah daerah sahaja dengan mengeluarkan daerah Tawau memandangkan jaminan keselamatan di kawasan perairan daerah tersebut semakin mengukuh.

“Kita juga menawar baik dan menilai semula daerah perlaksanaan PKP ESS Zone secara berkala juga akan kita laksanakan bagi mantapkan lagi PKP ESS Zone sebagai mekanisme kawalan keselamatan,” katanya.

Dr Shamsul berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Datuk Seri Madius Tangau (Tuaran-PH) yang mahu mengetahui langkah-langkah khusus yang telah diambil untuk memastikan tiada lagi Travel Advisory Note ke atas Pantai Timur Sabah.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Lenggong itu turut memaklumkan bahawa kerajaan juga melaksanakan program libat urus dan tinjauan keselamatan secara berkelompok dengan pihak pewakilan asing, kedutaan dan pesuruhjaya tinggi Malaysia ke tempat perairan di kawasan pantai Timur Sabah khususnya di Semporna oleh Kementerian.

Menurut beliau ia juga dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan.

“Melalui program ini gambaran yang tepat berkenaan keadaan keselamatan serta mekanisme kawalan dilaksanakan oleh petugas keselamatan dengan penempatan petugas keselamatan di kawasan-kawasan dan juga pumpuk keselamatan untuk mengubah perseksi kawasan berkenaan kepada masyarakat luar terutama dengan negara berkenaan,” ujar beliau.

Shamsul dalam pada itu turut memaklumkan bahawa penjenamaan semula logo serta peta ESS Zone dilakukan melalui penukaran warna maroon kepada biru cerah putih yang kuasa pada 23 September 2024.

Katanya inisiatif in sebagai usaha ESSCOM untuk meyakinkan masyarakat dan pelabur tentang tahap keselamatan di kawasan berkenaan.

“Justeru perubahan ini kita harap dapat meningkatkan imej dan menarik pelabur juga pelancong asing ke kawasan-kawasan berkenaan,” katanya lagi. – UMNO Online


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di linktr.ee/umno #UMNOBangkit