Miskin Tegar Dan Pengoptimuman Sumbangan Harus Diperkasakan – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias melihat isu miskin tegar dan pengoptimuman sumbangan kepada asnaf di seluruh Negeri Sembilan perlu terus diperkasakan.

Menurut beliau penekanan berkenaan dikongsi menerusi taklimat Hal Ehwal Islam oleh Majlis Agama Islam di negeri berkenaan semalam dan berharap beberapa pendekatan serta perancangan dapat dilaksanakan sebaiknya untuk kepentingan semua pihak.

“Semalam wakil-wakil rakyat diberi taklimat Hal Ehwal Islam oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan di Royale Chulan Seremban.

“Saya turut ambil ruang keemasan ni untuk memberi beberapa cadangan kepada pihak MAINS bagi kita selesaikan isu miskin tegar dan pengoptimuman sumbangan kepada asnaf di seluruh Negeri Sembilan.

“Antara lain yang saya sebut adalah berkaitan pembinaan rumah kepada mualaf dari Masyarakat Orang Asli,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kata beliau lagi pihaknya melihat jauh ke depan dalam beberapa isu yang ditimbulkan dan perkongsian yang cukup menarik.

“Saya ‘looking forward’ tentang perkara ini. Saya dah minta JAKOA Negeri Sembilan dan Melaka wujudkan satu task force untuk kita perhalusi isu kemudahan asas tersebut.

“Apapun terima kasih…pencerahan dan perkongsian yang diberikan cukup details dan memberangsangkan. Sama-sama kita berusaha sebaiknya untuk manfaat dan faedah masyarakat yang memerlukan,” tambahnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.