Noraini Hadir Ke Grand Final Piala Seri Endon 2024
KUALA LUMPUR, 9 Sept – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad telah hadir ke Grand Final Piala Seri Endon 2024 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Ahad.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa Piala Batik Seri Endon pada tahun ini telah menerima 35 penyertaan sejak ia dilancarkan pada tahun 2003.
“Hari ini saya menghadiri ke Pertandingan Akhir Rekaan Batik Piala Seri Endon 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
“Saya bersama Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Nori Abdullah dan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Tan Sri Kamaluddin Abdullah menyambut keberangkatan tiba Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah yang merupakan Tetamu Kehormat Di Raja bagi majlis ini.
“Piala Batik Seri Endon pada tahun ini menerima sebanyak 35 penyertaan dan merupakan edisi ke-19 penganjuran sejak dilancarkan pada tahun 2003. Pertandingan ini diilham untuk mewujudkan platform sokongan, pengiktirafan dan dorongan bagi industri pembuatan batik di Malaysia,” katanya.
Menurutnya, terdapat reruai pameran yang disediakan kepada semua pengunjung untuk melihat rekaan batik dan pelbagai kraftangan.
“Terdapat juga reruai pameran yang disediakan kepada semua pengunjung untuk memperlihat rekaan batik, kraftangan dan kemasan lembut telah dipamerkan.
“Pada tahun ini Piala Seri Endon 2024 menyaksikan Mohd Fadhin Md Taid, Ejam Arjuna dan Suzieana Rahim membawa pulang RM30,000 apabila meraih tempat pertama kategori fesyen dengan rekaan batik yang diinspirasikan daripada rumah dan permainan kampung ketika Hari Raya Aidilfitri 2023. Tahniah buat pemenang.
“Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Datuk Leela Mohd Ali dan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Prof. Datuk Dr. Azlinda Azman,” katanya lagi. – UMNO Online