50 Tahun Hubungan China vs Malaysia

TAHUN 2024 adalah tahun ke 50 hubungan diplomatik antara negara Republik China yg mengamalkan sistem pemeritahan secara komunisme dengan kita dimana hubungan ini telah dimulakan oleh PM2 Almarhum Tun Razak ayahanda Bossku pada tahun 1974. Malaysia mengambil langkah positif dan kehadapan ketika itu walaupun banyak negara barat meminggirkan negara China ketika itu atas dasar ideologi komunismenya yang dipelopori oleh Karl Marx.

Tahun 1974 adalah tahun PRU yang diketuai oleh Almarhum Tun Razak, menang dengan penuh bergaya sebanyak 88% sokongan diterima dimana 135 kerusi dari 154 kerusi dipertandingkan menang dibawah lambang Dacing – Barisan Nasional. Kestabilan dan keharmonian didambakan rakyat ketika itu selepas peristiwa 13hb Mei 1969. Semua parti politik bersatu termasuk PAS kecuali DAP tidak bersama dalam gabungan BN. PKR, Amanah, Bersatu tidak beranak lagi ketika ini.

Ketika ini ada rombongan dari kerajaan yang ketuai oleh YAB TPM DSZH sejak dari 23hb Mei hingga 1hb Jun ke negara China atas urusan rasmi dengan melihat peluang-peluang ekonomi, pendidikan terutamanya bidang TVET dan sosial antara dua negara. China sudah begitu maju berbanding AS atau Eropah. Mereka sudah meletakkan peta negara mereka sebagai “super power nation” dalam semua bidang. YAB DSZH dalam siri lawatan rasminya ke Jepun pada Februari lepas, mengatakan Dasar Pandang ke Timur 2.0 bukan hanya tertumpu kepada Jepun sahaja tetapi juga China. Malah ada juga difahamkan sebelum ini rombongan seramai 50 orang delegasi dari parti PKR sendiri yang diketuai oleh Sdri Nurul Izzah atas tujuan yang sama. Lawatan urusan politik atau rasmi saya tidak pasti.

Terbang balik semula ke tanahair, ketika PRU14, siapa ingat??? Parti Pembangkang (PH1.0) terutamanya Bersatu menggunakan isu negara China ini sebagai kempen utama. Naratifnya dan fitnah yang bertalu-talu terhadap UMNO dan Bossku yang telah menjual kedaulatan negara kepada Bangsa Type-C, isu forest city, syarikat geely yang ambil alih proton, pembiayaian ECRL yang menjadi salah satu faktor kekalahan BN/UMNO. Tetapi selepas PRU14 dan mengambil alih kerajaan, lain pula nadanya, projek dan dasar terhadap China menjadi “terbaik lah” “terbagus lah” dan siap ada pemimpin mereka ketika itu mengambil pengiktirafan dari kerajaan China. Sehinggakan Vaksin Sinovac COVID19 pun kita ambil dari China.

Akhir kata, terima kasih kepada Almarhum Tun Razak, Bossku dan kini YAB Presiden DSZH yang sedang berada di China menyambung legasi UMNO/BN keatas dasar affirmatif dan mesra dengan apa yang telah, sedang dan akan berlaku keatas geopolitik, ekonomi dan sosial negara China. Inilah kebijaksanaan jika dinilai sebagai pemimpin negara yang boleh memikir dan melihat dengan mendepani masa depan negara. Bencana atau hikmah kehadiran negara China ke negara kita, itu adalah mainan persepsi pemimpin tertentu yang ingin menangguk di air keroh. Undi berorentasikan hanya untuk satu bangsa adalah matlamatnya. Fikir-Fikirkan lah. Wallahuallam.

Gulam Muszaffar
Ketua UMNO Bhgn Batu merangkap Ketua Penerangan UMNO WP

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.