Selamat Hari Raya Aidilfitri… Kekalkan Semangat Perpaduan Setiap Masa – Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 12 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan mengharapkan agar rakyat sentiasa mengekalkan semangat perpaduan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam turut menasihatkan para perantau untuk berhati-hati setiap masa terutamanya semasa pulang ke kampung halaman dan kembali ke ibu kota.

“Kepada semua rakyat Malaysia saya ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Sempena hari raya ini, kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup bersatu-padu perlulah mengekalkan semangat perpaduan pada setiap masa.

“Kepada mereka yang bakal pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga, pandulah dengan berhati-hati. Ingat, orang yang tersayang sentiasa menunggu kita di rumah untuk bersama-sama meraikan hari raya yang mulia ini,” katanya kepada UMNO Online.

Umat Islam di seluruh negara menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 April 2024 selepas sebulan melalui bulan Ramadan yang barakah.

Untuk itu, kerajaan telah menyediakan kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu pada 8 dan 9 April.

Di samping itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan kira-kira 2.1 juta kenderaan sehari menggunakan semua rangkaian lebuh raya kendaliannya pada hari puncak sempena cuti perayaan Aidilfitri yang menjelang tiba.

Para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan sebaiknya dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.