Selami Dan Hayati Aidilfitri, Jadikan Titik Tolak Penyatuan Bangsa – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 9 April – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap sambutan Aidilfitri pada kali ini memberi seribu satu makna kepada seluruh umat Islam selepas sebulan menunaikan ibadah puasa.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan seterusnya berharap Aidilfitri pada tahun ini juga menjadi titik tolak penyatuan kepada seluruh umat Islam.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam. Moga-moga Aidilfitri yang mendatang ini memberi 1,001 makna kepada kita.

“Aidilfitri juga diharap menjadi titik tolak kepada penyatuan kepada umat Islam dan Melayu di tanah air kita,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau seterusnya mengingatkan warga perantau khususnya agar berhati-hati serta berwaspada apabila pulang ke destinasi masing-masing.

“Kepada semua yang akan menyambut Aidilfitri… berhati-hati di jalan raya dan kepada semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan sama-sama kita berdoa agar perjalanan masing-masing nanti dipermudahkan dan dilindungi Allah swt, insya-Allah,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.