Selamat Hari Raya, Jemput Datang Rumah Terbuka 20 April – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 9 April – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat diseluruh negara.

Beliau yang juga Menteri Luar mengajak umat Islam untuk saling bermaafan sempena hari raya ini.

“Mari kita mengambil kesempatan sempena hari ini untuk bermaafan dan mengeratkan lagi silaturaturrahim sesama kita.

“Yang merancang perjalanan jauh untuk kembali ke kampung halaman, berhati-hatilah semasa memandu. Didoakan semoga masing-masing selamat sampai ke kampung halaman dan destinasi masing-masing, insya-Allah,” katanya dalam hantaran sempena hari raya Aidilfitri menerusi laman Facebooknya.

Dalam masa yang sama, beliau menjemput orang ramai untuk hadir ke majlis rumah terbuka beliau sempena hari raya ini.

“Jemput datang ke majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri saya sekeluarga pada 20 April 2024 di Kampung Tanjung, Rantau Negeri Sembilan,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.