Raikan Aidilfitri Dalam Masyarakat Majmuk, Maaf Zahir Dan Batin – Tengku Adnan


KUALA LUMPUR, 9 April – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri dan berharap agar perayaan ini diraikan bersama-sama masyarakat seluruh negara.

Katanya, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang berjaya jika kaedah bersatu dalam kepelbagaian diaplikasi dan setiap perayaan diraikan bersama.

“Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya Adilfitri, maaf zahir dan batin. Saya juga berharap bahawa dengan berakhirnya bulan Ramadan ini, ia telah memberi kepada kita pelbagai pengajaran.

“Dan saya berharap agar keinsafan yang kita capai ataupun terima dalam bulan Ramadan ini akan membawa kita menjadi seorang yang mempunyai lebih kematangan serta dapat pastikan bahawa kehidupan kita dimuka bumi ini sebagai hamba Allah dapat kita laksanakan dengan sebaik mungkin,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya turut mengingatkan agar meraikan Aidilfitri bersama-sama dalam suasana masyarakat majmuk di Malaysia.

“Kita jangan lupa bahawa negara kita merupakan sebuah negara yang majmuk maka kita pasti akan menerima rakan-rakan yang bukan beragama Islam, yang akan hadir untuk bersama-sama dan mengucapkan selamat hari raya kepada kita. Terimalah mereka dengan hati terbuka.”

Dalam masa yang sama beliau berpesan untuk berhati-hati buat mereka yang akan memulakan perjalanan balik ke kampung halaman.

“Saya hanya nak beritahu kepada kawan-kawan saya warga UMNO yang nak balik kampung tu berhati-hati di jalan raya.

“Yang tak balik kampung itu pun juga berhati-hati dan yang apa-apa kita kerjakan kita sambutlah hari raya ini dengan penuh kegembiraan

“Sekali lagi warga UMNO, selamat hari raya, maaf zahir batin.” – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.