Dr Akmal Harap Aidilfitri Eratkan Tali Silaturahim

https://youtu.be/i2Xc1hKkoms

KUALA LUMPUR, 8 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Menurut beliau ruang yang ada itu perlu disahut dan digunakan sebaiknya dalam usaha mengeratkan tali silaturahim antara satu dengan yang lain.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri… Maaf Zahir Batin kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Hari Raya merupakan  hari yang betul-betul disambut dengan begitu meriah serta kesederhanaan.

“…di mana ruang yang ada perlu digunakan untuk mempereratkan lagi dan mematangkan lagi hubungan persaudaraan, persahabatan dan juga setia kawan,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau seterusnya berharap mereka yang pulang ke kampung halaman dan pelbagai destinasi yang lain agar berhati-hati dalam perjalanan masing-masing.

“Saya berdoa agar kita semua dapat menyambut hari raya bersama-sama dengan sanak saudara dan keluarga. Apabila balik ke kampung halaman masing-masing nanti, kita balik dengan keadaan yang selamat,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.