Aidilfitri Hari Yang Dinanti, Bersama Eratkan Silaturahim – Noraini

KUALA LUMPUR, 8 April – Hari Raya Aidilfitri merupakan sambutan perayaan yang ditunggu-tunggu umat Islam khususnya di negara ini, kata Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Katanya, ia sebagai medan terbaik untuk bersama berkumpul bagi mengeratkan silaturahim bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Hari raya adalah hari yang memang ditunggu-tunggu oleh semua yang setelah menjalani bulan puasa selama sebulan.

“Kita ambillah peluang ini untuk merapatkan silaturahim antara kita, terutamanya sesama agama,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut sama berharap mereka yang merancang pulang ke kampung untuk berhati-hati memandu dan dipermudahkan urusan ke destinasi masing-masing.

“Bagi yang akan pulang ke kampung masing-masing, saya mendoakan supaya perjalanan itu dipermudahkan dan berhati-hatilah ketika memandu.

“…dan saya sekali lagi ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya ahli-ahli UMNO dan orang di kawasan terutamanya kepada Wanita UMNO. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.