Puteri UMNO Manfaat Nuzul Al-Quran Dengan Program Quran Hour Solidariti Palestin

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia memanfaatkan Nuzul al-Quran dengan pengisian program ilmu iaitu Quran Hour Solidariti Palestin.

Program yang dilaksana secara maya dengan aplikasi teknologi google meet menghimpunkan lebih 100 anggota puteri termasuk ahli jawatakuasanya yang sama-sama mengalunkan bacaan surah Yassin.

Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dalam ucapannya merakamkan penghargaan atas idea inovatif menggunakan teknologi dalam menjayakan program bersama-sama.

“Biarpun program ini dilaksana secara dalam talian tetapi ramai yang menyertainya. Kita manfaatkan teknologi untuk digunakan ke arah kebaikan.

“Dalam keadaan kita yang banyak kekangan dan komitmen namun kita masih dapat bersama-sama secara online,” katanya.

Jelas Nurul Amal, sejak dari awal Puteri UMNO sentiasa bersolidariti untuk Palestin dan menyokong perjuangan di sana.

“Puteri UMNO sentiasa bersama-sama dalam perjuangan saudara kita di sana dan berharap dapat kekalkan semangat ini serta eratkan silaturrahim,” katanya lagi.

Program Quran Hour Solidariti Palestin ini dianjurkan oleh Biro Agama Puteri UMNO yang dipenerusikan, Firza Syafiqa Mohd Puzi dengan kerjasama Penerangan Puteri UMNO yang diketuai, Shamellya Norazizi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.