Jangan Main Politik … Jeffery Nor Bidas Pihak Cuba Nafikan Jasa UMNO/BN Bangunkan Sabah

KOTA KINABALU, 27 Mac – Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed menyelar kenyataan segelintir pihak yang bermain politik dan menyalahkan kerajaan sebelum ini kerana dianggap gagal membangunkan Sabah.

Tegas beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan, kerajaan sebelum ini di Sabah ialah Barisan Nasional (BN) banyak memainkan peranan dan membawa landskap perubahan dari pelbagai aspek.

“Dakwaan itu hanya cakap politik sedangkan mereka sendiri yang bercakap pun adalah prodak dari kerajaan masa lampau dan pernah menjawat jawatan penting dalam jemaah menteri negeri.

“Jadi kegagalan kerajaan masa lampau jika ditujukan kepada UMNO/BN merupakan satu andaian yang kurang bijak kerana mereka waktu itu berada dalam kerajaan yang sama,” jelas Jeffrey

Malah menurut beliau beberapa projek mega seperti projek Hidroelektrik Ulu Padas dan Projek Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Telibong 2 di Tuaran merupakan projek yang diluluskan beberapa tahun sebelum ini iaitu semasa BN menjadi kerajaan namun kelemahan memilih kontraktor yang berwibawa menyebabkan projek ini terbengkalai

“Tugas kerajaan hari ini, pastikan projek ini disiapkan segera kerana telah terbengkalai sejak beberapa tahun lalu, walaupun menteri berkenaan umumkan dalam beberapa bulan ini khususnya untuk projek LRA Telibong 2 siap dan beroperasi sepenuhnya namun sehingga kini merata kawasan khususnya di sekitar Kota Kinabalu, malah di Tuaran masih mengalami gangguan bekalan air bersih,” jelas Jeffery.

Tambah beliau lagi, kerajaan GRS yang menjadi teraju Sabah hari ini perlu komited membangunkan Sabah.

“Laksanakanlah sepenuhnya janji hala tuju sebagaimana slogan ‘Sabah Maju Jaya’ (SMJ) yang hanya berbaki setahun lagi, jika tidak rakyat akan terus bersuara dan mempertikaikan kewibawaan kerajaan hari ini.

Dalam pada itu Jeffery turut mengingatkan rakyat yang kini berdepan pelbagai kemelut khususnya dalam kegagalan kerajaan negeri menyediakan frasarana dan kemudahan asas untuk masyarakat.

“Rakyat perlu bijak membuat pilihan, bijak menilai dan lihat kepada apa yang berlaku sekarang ini untuk menentukan kepimpinan pada PRN17 akan datang.

“Kita perlu ubah keadaan ini kepada yang lebih baik, UMNO/BN dalam aku janji manifesto untuk menghadapi PRN17 akan datang pastinya tidak akan menjanjikan bulan dan bintang tapi akan melaksanakan apa yang terdaya.

“Sudah tentulah kita berdasarkan realiti iaitu mahukan keadaan yang lebih baik dari sekarang bagi mengubah landskap pembangunan dan kemajuan Sabah dalam pelbagai aspek,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.