Ahmad Zahid Harap PDRM Terus Bersemangat Tabur Khidmat Bakti Untuk Rakyat Dan Negara

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis Ke-217 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menerusi catatan di Facebooknya, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata  PDRM adalah salah satu institusi yang penting untuk negara.

“PDRM bukanlah asing buat saya, malahan ianya salah satu institusi penting negara yang sangat dekat di hati saya, apatah pernah menjadi Menteri yang menaungnya suatu ketika dahulu.

“Tugas kepolisian merupakan suatu amanah besar dan sangat mencabar. Sewajarnya hubungan saling memerlukan di antara polis dengan masyarakat perlu sentiasa terjalin dan kekal utuh bagi bersama-sama memelihara keamanan dan ketenteraman awam di negara ini,” katanya.

Beliau seterusnya berharap agar seluruh warga PDRM terus bersemangat  dalam menabur khidmat bakti untuk rakyat dan negara.

“Saya berharap agar PDRM terus kental dan bersemangat memberi khidmat demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan negara. ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.