Sejak 2021 KESUMA Tawarkan Pelbagai Kursus Dengan Bantuan Pembiayaan – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Timbalan Menteri Sumber Manusia (KESUMA), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bantuan Pinjaman Latihan Kemahiran kepada para pelatih TVET telah memberikan.

Menurutnya, semenjak tahun 2021 lagi mana-mana individu yang mengikuti kursus latihan peningkatan kemahiran jangka masa pendek dan kursus persijilan profesional atau Profesional Skill Certificate telah ditawarkan pembiayaan.

“Mulai tahun 2021, PTPK telah mula menawarkan pembiayaan merangkumi pelbagai kursus latihan peningkatan kemahiran jangka masa pendek yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dalam bentuk modular dengan izin, program micro credential dan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

“Kursus yang ditawarkan memfokuskan kepada set kemahiran spesifik dan dilaksanakan secara berpakej serta nilai tambah dengan persijilan professional,” katanya.

Abdul Rahman berkata demikian ketika pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab persoalan tambahan dari Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib yang bertanya adakah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bersedia untuk menawarkan bantuan pinjaman latihan kemahiran kepada para pelatih TVET yang ingin menyertai latihan peningkatan kemahiran jangkamasa pendek seterusnya mendapatkan Profesional Skill Certificate dari badan professional tempatan atau pun institusi TVET luar negara.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis menjelaskan terdapat kursus-kursus yang berpakej dengan persijilan professional yang ditawarkan oleh PTPK.

“CISCO Certified Networking Associate dalam bidang Teknologi Maklumat. Certified welding supervisor dalam bidang kimpalan dan terakhir adalah program pemasangan dan penyelenggaraan elektrik tiga fasa dengan program pensijilan profesional KNX.

“Dari tahun 2021 hingga 29 Februari 2024, seramai 8,316 orang pelatih telah mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dilaksanakan secara berpakej dengan persijilan professional dengan pembiayaan berjumlah RM69.44 juta,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.