Hasrat Pemuda Kukuhkan Perpaduan Menerusi Pendidikan – Hafiz

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Kenyataan balas Mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. Ramasamy dan Setiausaha Pemuda MCA, Saw Yee Fung terhadap cadangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkenaan wawasan baharu ke arah integrasi aliran pendidikan kebangsaan dan vernakular bersifat pesimistik serta terburu-buru.

Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Arifin dalam satu kenyataan berkata, tidak timbul sama sekali sebarang kenyataan untuk menghapuskan malah langsung tidak timbul soal mencabar perlembagaan dan sebagainya.

“Tidak ada pun di dalam kenyataan media oleh Pergerakan Pemuda UMNO untuk menghapuskan sekolah vernakular, malah tidak timbul soal mencabar perlembagaan persekutan dan menidakkan hak mana-mana kaum yang dijamin oleh perlembagaan.,” katanya.

Beliau seterusnya menegaskan hasrat pergerakan itu bukanlah mahu memecahbelahkan tetapi untuk kukuhlah lagi perpaduan menerusi pelbagai medium termasuklah menerusi pendidikan.

“Niat dan matlamat Pemuda bukan untuk memecah belahkan, tetapi untuk mencadangkan jalan mengukuhkan perpaduan melalui pendidikan,” ujarnya.- UMNO Online

Ulasan penuh di video ini.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.