Johor Negeri Pertama Santunan Kasih Ramadan, Ahmad Zahid Rai Warga Setempat

KLUANG, 14 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memulakan Majlis Santunan Kasih Ramadan bagi tahun 2024 ini di Negeri Johor dengan meraikan warga setempat.

Beliau yang juga Presiden UMNO hadir ke majlis yang bermula kira-kira pukul 6 petang di Masjid Jamek Layang-Layang, Kluang.

Majlis iftar tersebut berlangsung dalam suasana sederhana namun meriah. Turut diadakan penyampaian sumbangan kepada mereka yang diraikan.

Selain bantuan dan iftar bersama warga setempat, turut menyerikan suasana adalah tazkirah ringkas sementara menunggu waktu berbuka dan seterusnya solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah diikuti solat sunat tarawih.

Selain warga setempat, pimpinan UMNO dan kakitangan kerajaan lain pelbagai peringkat turut mengambil kesempatan untuk bersama-sama memeriahkan acara yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Majlis Santunan Kasih Ramadan seterusnya akan diadakan di Masjid Batang Merbau, Tanah Merah, Kelantan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.