Ahmad Zahid Kunjungi Bazar Ramadan Sungai Ramal, Luah Syukur Peluang Bumiputera Jana Pendapatan

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berbesar hati melakukan kunjungan beliau ke Bazar Ramadan Sungai Ramal, pada hari kedua berpuasa, semalam.

Beliau meluahkan kesyukuran dengan kemeriahan dan sambutan di bazar tersebut kerana ianya adalah kesempatan untuk golongan bumiputera menjana pendapatan.

“Setiap kali Ramadan tiba, bazar Ramadan pastinya menjadi tumpuan orang ramai tidak kira sama ada Muslim, atau bukan Muslim yang menjadikan ia budaya unik di negara kita.

“Ada yang saya dengar sebut singkatan ‘Param’ sebagai singkatan ‘Pasar Ramadan’. Macam-macam… tapi yang lebih penting di mana jua bazar Ramadan yang saya pergi banyak aneka juadah tradisional dan moden tersedia.

“Saya pun sangat gembira lihat ramai golongan bumiputera yang dapat menjana pendapatan pada bulan ini. Tapi sentiasa ikhlas semasa berniaga dan jangan membazir ya.

“Ok. Saya sudah singgah Bazar Ramadan Sungai Ramal. Ada idea bazar mana lagi mesti saya singgah?” katanya menerusi hantaran di Instagram dan Tiktok.

Menerusi hantaran video yang dikongsi, rata-rata pengunjung dan peniaga menunjukkan reaksi terkejut namun teruja apabila melihat Ahmad Zahid hadir ke bazar ramadan tersebut.

Menggunakan berkesempatan itu, beliau meluangkan masa beramah mesra bersama mereka di samping bertanya khabar. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.