Kerajaan Akui Sektor Perladangan Penting, Kekurangan Hampir 40,000 Ribu Pekerja – Johari Ghani

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bersetuju bahawa perladangan ini sangat penting sebagai sebuah ‘duty eksport’ sawit kepada negara dan paling penting untuk meningkatkan pengeluaran negara.

Beliau berkata, industri sawit negara juga berdepan masalah apabila lambakan buruh asing di beberapa sektor lain tidak boleh dipindahkan untuk berkhidmat dalam sektor perladangan komoditi itu.

“Kita tidak boleh berdepan dengan masalah tidak ada cukup pekerja. Dalam industri ini setakat hari ini ‘feed back’ yang Kementerian dapat bahawa sektor perladangan kelapa sawit ini kita kekurangan hampir 40,000 ribu pekerja. 40,000 ribu pekerja ini adalah kalau boleh ‘harvest metric tan per day’ untuk setahun, kita kehilangan RM7.9 bilion nilai eksport kita.

“Kita juga banyak masalah berkaitan ‘foreign worker’ yang datang ke negara ini, mereka dibawa masuk atas industri, ‘manufacturing’ dan ‘services statistic’ yang dapat ianya terlebih 160,000 ribu perkilangan, 27,000 ribu sektor perkhidmatan dan mereka ini sepatutnya masuk ke dalam ladang agar dapat membantu kekurangan pekerja ladang.

“Tapi masalahnya mereka dibawa masuk atas tiket ‘manufacturing’ dan ‘service’, maka mereka tak nak berkerja di ladang sebab masa waktu masuk dia ‘base of manufacturing’,” katanya.

Ujar Johari, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah memberhentikan kuota berkaitan dan cuba menyakinkan sebahagian dari mereka untuk masuk ke sektor ladang.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) bahawa sawit bergantung pada pengeluaran dan permasalahan sawit yang ada tetapi tidak ada pekerja dalam ladang ini.

Soal Shahar, apakah usaha kerajaan dalam mengusahakan ladang-ladang sawit ini, buah ada kualiti tinggi dan dapat dikeluarkan supaya meningkatkan eksport negara.

Pada masa yang sama Johari yang juga Naib Presiden UMNO turut menjelaskan bahawa kerajaan memberi tumpukan pada CPO bukan CPKO yang akan memberi ‘high value product’ kepada ‘fast effect’ dan juga akan meningkatkan ekonomi negara.

“Sebenarnya CPKO by product kepada proses CPO. The more produce CPO, the more get CPO,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.