Santuni Puteri Perak, Nurul Amal Luah Penghargaan Gerak Kerja Dekati Ahli Baharu

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia meneruskan gerak kerja sebagai salah satu sayap parti bagi memperkasa parti keramat ini demi manfaat rakyat dan negara.

Dalam meneruskan gerak kerja tersebut, ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berbesar hati ke Perak bagi menyantuni Puteri UMNO di negeri itu.

Lawatan kerja tersebut adalah  pertemuan beliau bersama kepimpinan Puteri UMNO negeri termasuk ketua-ketua, naib-naib ketua dan penolong setiausaha Puteri UMNO bagi sesi bertukar pandangan di samping merangka strategi baharu perjalanan Puteri.

Sementara itu menerusi perkongsian di Facebook, Nurul Amal merakamkan penghargaan kepada Puteri UMNO Bahagian Lenggong, Sungai Siput dan Parit yang mencatatkan peningkatan keahlian Puteri tertinggi.

“Tahniah Puteri UMNO Bahagian Lenggong, Sungai Siput dan Parit yang mencatatkan antara bahagian tertinggi dalam menambah cawangan baru untuk Puteri Negeri Perak,” katanya.

Beliau dalam pada itu memaklumkan akan turun padang ke bahagian-bahagian lain di seluruh negara bagi mengetahui perjalanan gerak kerja Puteri.

“Diharap akan disusuli bahagian bahagian lain pula. Terima kasih semua Puteri yang terlibat seharian sejak pagi tadi.

“Sama sama kita lakukan yang terbaik untuk perkasakan Puteri dan parti tercinta,” ujar beliau.

Terdahulu Nurul Amal pada awal ketibaannya ke negeri itu juga berkesempatan bersama menyantuni Puteri secara santai di Pantai Teluk Batik.

“Balik daripada Sabah semalam terus ke Perak. Bermula pagi ni Sembang Santai dan riadah bersama Puteri UMNO Negeri Perak di Pantai Teluk Batik.

“Kekalkan semangat u all, terus berjuang sebagai satu pasukan yang kuat. Perkasa Puteri Pemangkin Perubahan,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.