Jalaluddin Pastikan Projek Untuk Rakyat Benar-Benar Beri Manfaat, Penuhi Kriteria Ditetapkan

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Dalam usaha memastikan pembangunan untuk masyarakat setempat berjalan lancar dan benar-benar mencapai sasaran serta memenuhi kriteria yang ditetapkan, Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias mengambil pendekatan turun padang meninjau secara lebih dekat projek yang dilaksanakan.

Bagi beliau yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan berkata, langkah itu cukup penting agar segala proses tambah baik lagi serta memenuhi piawaian yang ditetapkan agar keselesaan masyarakat setempat dilaksanakan sebaiknya.

“Sekali lagi saya buat lawatan ke Masjid Kariah Kampung Kerangai bersama agensi-agensi pelaksana projek. Hari tu kita dah minta beberapa proses tambah baik dan penyesuaian dilakukan oleh pihak kontraktor, jadi hari ini saya tinjau sekali lagi, mahu lihat dengan mata sendiri semua proses tu dah siap atau belum,” katanya.

Kata beliau lagi pihaknya tidak mahu masyarakat membangkitkan pelbagai masalah yang timbul apabila siap dan apabila selesai sesuatu projek atau penambahbaikan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mestilah lemngkap.

Langkah itu tambahnya lagi bukan sahaja akan menyebabkan pihak pelaksana dipandang serong malah kerajaan juga akan terkena tempiasnya kelak.

“Saya tidak mahu ‘masjid dah siap, pahat masih berbunyi’. Semua ni untuk masyarakat Kampung Kerangai dan jemaah sekitar. Terima kasih kepada agensi-agensi pelaksana dan pihak kontraktor atas daya usaha yang baik demi keselesaan masyarakat setempat,” ujarnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.