Johari Turun Padang, Dapatkan Input Secara Terus Dari Rakyat

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Kesibukan tugas sebagai individu yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal komoditi negara tidak menghalang Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani turun padang menyantuni dan mengambil berat permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di kawasan.

Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa dalam perkongsian di akaun X hari ini bertemu dengan peniaga Pasar Wirawati Kg Pandan di sini baru-baru ini bagi mendapatkan maklumat secara terus dan seterusnya membantu mereka.

“Terima kasih kepada semua peniaga yang sudi hadir untuk saya dapatkan ‘direct-input’ bagi menangani isu-isu yang berbangkit,” ujar Naib Presiden UMNO itu lagi.

Terdahulu, Johari juga mengadakan sesi pertemuan bersama masyarakat kawasannya.

“…untuk mereka membuat aduan atau memerlukan bantuan dalam beberapa isu permasalahan setempat,” katanya.

Jelasnya juga, bagi penduduk Parlimen Titiwangsa yang mahu membuat aduan turut boleh terus hadir ke pejabatnya dan pegawai yang bertugas akan sentiasa bersedia untuk membantu.

Pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa berada di Wisma Jozawa, No.39, Jalan 3/76d, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur beroperasi pada Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa juga boleh dihubungi melalui talian telefon 03-7800 0367. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.