UMNO Selangor Kekal Tolak Cadangan Nga Kor Ming

SHAH ALAM, 13 Feb – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin menyatakan pendirian UMNO Selangor iaitu tidak bersetuju mengenai cadangan untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di negeri itu sebagai Tapak Warisan Dunia Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menurut beliau, walaupun bersama di dalam kerajaan namun UMNO kekal menolak cadangan daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

“Nga Kor Ming mempunyai hak untuk memberi pandangan, begitu juga UMNO Selangor mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan kerana ini adalah untuk mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah melalui perkampungan,” katanya sebagaimana yang disiarkan di laman web rasmi UMNO Selangor http://umnoselangor.org.

Selain itu, Megat Zulkarnain menyatakan bahawa terdapat banyak kampung Melayu yang berusia ratusan tahun yang lebih layak dicadangkan sebagai Tapak Warisan UNESCO.

Keputusan rasmi parti UMNO juga menolak cadangan ini dan tegas menyatakan bahawa UMNO akan kekal menjadi benteng sebagai benteng Melayu-Bumiputera dalam kerajaan. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.